Salam.
Hari ini aku nak berkongsi tips bagi meningkatkan produktiviti untuk urusan yang lebih tersusun.
Syarat-syaratnya anda kena ada akaun Google, biasa menggunakan Google Calendar dan semestinya ada Facebook.
Table of Contents / Kandungan
Kenapa?
Kebanyakan aktiviti harian, peribadi, kerja mahupun sosial, aku akan susun dan jadualkan di dalam Google Calendar. Tapi kadang-kala aku akan terlepas pandang aktiviti ataupun acara yang dihasilkan di Facebook. Terutamanya kenduri perkahwinan kawan-kawanku.
Oleh itu, aku pun menghubungkan Facebook Events dengan Google Calendar supaya semua aktiviti yang aku rancang boleh dilihat di tempat yang sama.
Cara-caranya
1. Login ke akaun Facebook anda.
2. Pergi ke menu Events.
3. Tekan butang ‘settings’ yang berbentuk ikon gear (cog) dan pilih Export.
4. Anda boleh eksport kalendar harijadi kawan-kawan (birthday) anda ataupun kalendar acara (events). Right click pada kalendar Events dan pilih ‘Copy link address’
5. Buka Google Calendar. Tekan butang kecil sebelah ‘Other Calendars’ dan pilih ‘Add by URL’.
6. Paste link address dari FB events dan klik ‘Add Calendar’.
Aktifkan notification atau makluman
Salah satu kelebihan Google Calendar ialah kebolehan untuk menghantar notification atau makluman sebagai peringatan kepada pengguna. Notification ni boleh dihantar melalui email dan juga SMS. Cara nak setup mudah sahaja.
1. Tekan butang option sebelah kalendar Facebook Events. Pilih ‘Reminders and Notifications’.
2. Pilih option yang sesuai dengan anda dan tekan Save.
Sudahkah anda mencuba app BajetKahwin? Cara paling mudah untuk menganggar berapa belanja kerja kahwin anda.
Sync dengan app kalendar dalam smart phone
Satu lagi kelebihan bila anda menggunakan smart phone khususnya android, Google Calendar boleh synchronize dengan app kalendar. Berikut ialah screenshot Facebook events dalam app S Planner di telefon aku.
Itulah tujuan kita guna telefon pintar, bukan? Dengan mengetahui teknik yang betul, kita boleh merancang aktiviti dengan lebih efektif melalui telefon pintar. Pengguna iPhone pun boleh buat jika mahu.
Sekian saja tips produktiviti daripadaku untuk kali ini. Selamat mencuba!