Category: Technology

Bagaimana ingin mencapai Inbox Sifar?

Secara peribadi, sejak aku berjaya mengosongkan inbox Gmail dan Yahoo Mail, aku sangat suka jika ramai lagi insan disekelilingku yang dapat melakukan perkara yang sama. Aku tahu untuk permulaan memang sedikit sukar khususnya jika ada beratusan malah beribuan emel dalam inbox anda.
inbox-zero
Oleh itu aku sediakan panduan ringkas berdasarkan pengalamanku supaya anda juga boleh mencapai Inbox Sifar.

1. Gunakan Label / Folder
Dalam Gmail, anda boleh menggunakan Label atau Folder untuk menguruskan email anda. Buat permulaan, aku telah membuat label seperti berikut:Continue reading

Filed under: Technology, TutorialTagged with: , ,

Apa itu Getting Things Done (GTD)?

Assalam kepada semua pembaca yang budiman.

Hari ini aku nak berkongsi satu konsep untuk meningkatkan produktiviti anda. Dalam dunia internet, ia dikenali sebagai GTD ataupun nama penuhnya Getting Things Done. Kalau aku terjemah, jadi ‘Menyiapkan Kerja’.

Sebelum aku mula bersembang, aku nak tanya, macam manakah anda memastikan kerja anda boleh disiapkan?

To Do List – Senarai Perkara untuk dibuat
Antaranya ialah dengan menggunakan to do list atau senarai tugasan. Ada banyak app di telefon pintar dan juga di desktop seperti yang popular ialah Any.Do dan Wunderlist.
To-do-apps-feature
Tapi menulis senarai ni senang, nak melaksanakannya payah. Antara tips untuk memastikan senarai tugasan kita tu dapat dilaksanakan ialah dengan memecahkannya mengikut keutamaan dan masa deadline (urgency).

Inbox Zero – Inbox Sifar
inbox-zero
Konsep inbox zero ni antara yang aku cuba untuk amalkan. Mula-mula dulu aku rasa mustahil nak kosongkan inbox email seperti Gmail dan Yahoo Mail. Tetapi jika anda nak tahu, konsep zero ni bermaksud kita memproses email dengan memberi label tertentu, memindahkan ke dalam folder yang berkenaan. Email yang sudah dibalas boleh disimpan dalam arkib.

Kalau nak cerita sekarang, nanti jadi meleret pula. Aku simpan dulu topik inbox zero ni dan aku akan kongsikan pengalaman aku bagaimana nak membuat inbox anda kosong.

Kesimpulan
Ini hanyalah dua konsep GTD yang ingin aku perkenalkan kepada anda. Tapi cukuplah jika anda boleh mulakan dengan dua perkara ini, pasti banyak perkara yang akan berjaya dilaksanakan.

Filed under: TechnologyTagged with: ,

BajetKahwin v2.1 kini dirasmikan

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca.

Untuk sesiapa yang pertama kali dengar mengenai BajetKahwin, ia adalah sebuah web app ringkas untuk mengira dan menganggarkan kos kerja kahwin. Versi asalnya untuk membuat anggaran secara pantas. Selepas setahun, barulah projek BajetKahwin ni dinaiktarafkan. Versi yang terbaru ni membolehkan anda membuat kiraan yang lebih jitu dan tepat.

Lebih pantas, moden dan kemas

Kali ni aku guna sistem dan database sendiri dan tidak lagi menggunakan Parse. Lebih cepat sebab server di Malaysia. Kali ni juga masih kekal menggunakan Twitter Bootstrap supaya kelihatan lebih kemas dan cantik macam Twitter dan Facebook.

Antara features terbaru dalam versi kali ini ialah:

1. Add New Item
Anda boleh tambah perkara baru ke dalam setiap kategori. Yang asas sudah kami sediakan tapi kalau anda ada perkara lain yang nak ditambah untuk sesuaikan dengan majlis anda, bolehlah dimasukkan ke dalam senarai.

2. Harga x Kuantiti (multiplier)
Ada sesetengah item seperti door gift dan katering, anda boleh nyatakan harga kos dan bilangannya. Sistem BK akan darabkan untuk anda.
feature2

3. Paparan yang streamline (tiada lagi popup)
Anda boleh terus edit setiap item secara langsung, tiada lagi popup yang menyerabutkan.
feature1

4. Data yang selamat
Data pengguna berdaftar akan disimpan dengan selamat dalam database. Anda boleh akses dari mana-mana komputer, tablet mahupun smartphone dan tetap mendapat paparan data yang konsisten.

Versi Asas Pula
Bagi menampung kos server dan kos pembangunan app, versi asas (ataupun versi original) yang percuma tanpa pendaftaran kini telah diletakkan ruangan iklan. Diharapkan pengguna yang budiman boleh klik iklan jika rasa relevan. Kalau rasa nak beri sumbangan lebih, boleh hubungi secara terus.

Itu saja yang aku boleh kongsikan kali ini. Anda boleh daftar dan mencuba app ini secara percuma.

BajetKahwin v2.1

Filed under: TechnologyTagged with: , ,

Skin Rainmeter Waqtu kini di dalam Github

prayer-time-waqtu-rainmeter
Salam.

Pada tahun 2012 aku telah membangunkan sebuah skin Rainmeter ataupun widget yang ringkas untuk memaparkan waktu solat pada desktop komputer yang dikenali sebagai Waqtu.

Sukacita nak dimaklumkan, aku memutuskan untuk melepaskan (baca:release) skin tersebut di dalam Github.

Antara kelebihan Github yang aku ketahui:

  • Memudahkan proses fork/clone dan pull request, supaya lebih ramai pembangun di seluruh dunia boleh membantu aku untuk menjadikan skin tersebut lebih mantap.
  • Memudahkan urusan pengendalian sesuatu isu, sama ada error, bug dan sebagainya.
  • Selain itu, pengguna juga boleh bagi cadangan dan idea yang bernas untuk memantapkan lagi fungsi Waqtu ni.

Lihat Projek Waqtu di Github

Tahun 2014 ni aku bayangkan aku akan sibuk dengan projek dan bisnes website design di Ipoh ni. Harap para pembangun yang lain sudi meluangkan masa untuk membangunkan dan memantapkan projek sampingan aku ni.

Terima kasih daun keladi.

Filed under: TechnologyTagged with: , ,

Web app E-Code Halal Filter

Salam.

Sukacitanya aku merasmikan projek sampingan terbaru, sebuah web app untuk memeriksa status halal untuk kebanyakan nombor E-Code.

e-code-halal-web-app
Bagi yang tak tahu apa itu E-Code, ia sejenis kod untuk ’emulsifier’ yang digunakan dalam senarai kandungan bahan-bahan dalam produk khususnya makanan dan minuman.

Tapi tak semua negara mewajibkan penggunaan E-Code termasuklah di Malaysia. Itulah sebabnya di Malaysia, kita akan dapati dalam senarai kandungan tidak tertulis E-Code yang spesifik cuma ditulis ‘mengandungi bahan/pewarna/perisa yang dibenarkan’.

Projek web app ni dah lama aku rancang nak buat sejak aku menyiapkan projek Kad ECHoeS pada tahun 2012. Setelah hampir 2 tahun baru ada peluang untuk siapkan.

Siap dalam 6 Jam

Disebabkan asyik nampak ‘to do’ ni pending, walaupun sudah malam aku buat juga coding asas web ni menggunakan jQuery live filter dalam masa 45 minit. Agak mengantuk juga tapi berjaya disiapkan. Lepas tu terus tidur.

Keesokan paginya, aku pun tambah sedikit kod Smart Layer dari AddThis supaya nampak lebih ceria dengan ikon social media. Aku jangkakan pengunjung mungkin akan cuba menghubungi aku. Kalau buat borang email, aku kena reply email pula nanti. Oleh itu, aku pun setup support forum supaya pengunjung dan pembaca forum juga boleh berkongsi soal-jawab, pendapat atau carian masing-masing.

Menggunakan Twitter Bootstrap

Ini merupakan sebuah lagi projek yang aku hasilkan menggunakan Twitter Bootstrap. Aku menggunakan kebanyakan default settings untuk kesemua elemen kecuali bahagian badge dimana aku gunakannya untuk labelkan antara kandungan yang Depends, Mushbooh dan Haram.

Sudah pasti kalau guna Bootstrap, web app ni sesuai untuk dilayari dengan smartphone dan tablet sebab layoutnya yang responsif!

Layari website E-Code Halal Filter

Sekian dahulu celoteh kali ini. Anda mungkin tak rasa keperluannya, tapi ketahuilah, jika anda melancong ke luar negara, info sebegini sangat berguna dalam memenuhi kewajipan kita untuk mencari makanan halal!

Fear Allah, eat Halal.

Filed under: Islamic, TechnologyTagged with: , ,