Lulus Muet

5 Tips Untuk Lulus Ujian Bahasa Inggeris MUET di Universiti

Lulus MUET merupakan idaman setiap pelajar. Hal ini kerana. bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama (bachelor’s degree) di institut pengajian tinggi (IPT), anda wajiblah menduduki Malaysian University English Test (MUET) terlebih dahulu. Ini bagi mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris calon-calon pelajar IPT di Malaysia.

Terdapat empat jenis ujian dalam MUET:

  • Pendengaran (Listening) – 45 markah
  • Lisan (Speaking) – 45 markah
  • Pemahaman (Reading) – 120 markah
  • Penulisan (Writing) – 90 markah

Jumlah mata penuh ialah 300 markah dan keputusan akan diberi berdasarkan gred yang dinamakan sebagai Band.

Terdapat enam jenis pemarkahan untuk semua Band dengan Band 6 sebagai ‘Sangat Bagus’ dan Band 1 sebagai ‘Amat Terhad’. Sekiranya anda mendapat keputusan MUET lebih rendah dari Band 3, anda perlulah mendudukinya semula untuk melayakkan diri ke universiti kerana kebanyakan universiti awam di Malaysia hanya menerima minimum Band 3 untuk layak ke peringkat ijazah pertama.

Slip keputusan MUET. Band 3 adalah target minimum untuk lulus MUET. (Sumber: MadeInUITM)

Tapi anda janganlah khuatir. Sebenarnya, untuk lulus MUET dengan jayanya tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Apa yang penting, anda perlulah tahu bagaimana cara untuk menjawab semua soalan yang diberikan.

Di sini kami ingin kongsikan tips berguna yang boleh anda gunakan sekiranya anda merupakan salah seorang dari calon MUET tahun ini.

1. Memahami aspek-aspek yang diuji seperti jenis-jenis soalan yang akan ditanya

Seperti yang telah dibaca di bahagian pengenalan artikel ini, terdapat empat jenis ujian yang perlu calon MUET duduki. Bagi setiap jenis ujian, anda digalakkan untuk memahami aspek-aspek yang diuji seperti jenis-jenis soalan yang akan ditanya. Ini bagi membiasakan diri anda dengan format peperiksaan serta bagaimana cara untuk menjawab setiap soalan.

Tambahan pula, setiap jenis ujian mempunyai cara pemarkahan dan tempoh menjawab yang berbeza. Anda juga perlu tahu kelemahan anda ketika menggunakan bahasa Inggeris sama ada dari segi pertuturan, pendengaran, pemahaman ataupun penulisan. Dengan cara ini, anda boleh menumpukan perhatian kepada bahagian yang anda lemah.

2. Buat persediaan dari segi tatabahasa (grammar) dan kosa kata (vocabulary)

(Sumber: Freepik)

Sama juga seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris mempunyai peraturan asas dalam membentuk ayat. Untuk mengelakkan diri dari membuat kesalahan, anda digalakkan untuk mempelajari semula peraturan asas tatabahasa dan juga kosa kata dalam bahasa Inggeris.

Fahamkan bila anda perlu menggunakan sesuatu jenis ayat. Tumpukan perhatian kepada perkara yang berlaku di dalam ayat tersebut dan juga pada kata kerjanya. Kalau boleh, belajar buat ayat yang ringkas, mudah, dan tidak terlalu kompleks.

3. Berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dengan lebih kerap

Selepas memahami peraturan asas dalam membentuk ayat, anda digalakkan untuk mempraktikkan kemahiran anda dengan cara bertutur menggunakan bahasa Inggeris secara lebih kerap. Cuba berbual dengan rakan-rakan serta ahli keluarga anda di dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh, cari seseorang yang dapat membetulkan kesalahan tatabahasa ataupun kosa kata anda.

Cari satu topik untuk dibualkan dalam bahasa Inggeris. Cara ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan tahap komunikasi dalam berbahasa Inggeris, tetapi juga dapat melatih anda menyokong pendapat masing-masing ketika topik yang dipilih diperbualkan.

4. Latih tubi yang berterusan

Sekiranya anda masih mempunyai adik yang bersekolah rendah atau menengah, pinjam buku-buku latihan mereka dan cuba buat semua latihan dalam buku tersebut. Cara ini mampu meningkat dan memperkukuhkan tahap kefahaman bahasa Inggeris anda. Jika anda rasa soalan-soalan sekolah rendah dan menengah sudah terlalu mudah, anda boleh beralih kepada soalan-soalan MUET dari tahun-tahun yang lepas.

Anda juga digalakkan untuk membeli buku-buku persediaan MUET di mana-mana kedai buku ataupun pinjam buku-buku tersebut daripada senior-senior anda. Latih tubi yang berterusan dapat membantu anda mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi MUET.

5. Jangan terlalu over-confident dengan teknik dan penguasaan sendiri

(Sumber: Freepik)

Antara faktor kenapa ramai calon MUET gagal mendapatkan Band 3 dan ke atas adalah kerana mereka tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya serta berasa terlalu over-confident dengan teknik dan penguasaan bahasa Inggeris sendiri. Untuk lulus MUET dan mendapatkan keputusan yang cemerlang, anda perlulah banyakkan bertanya kepada mereka yang pakar seperti pensyarah-pensyarah anda.

Rajinkan diri untuk kerap bertanya kepada mereka berkenaan dengan soalan-soalan yang akan ditanya dalam MUET. Ketepikan rasa malu dan ego untuk bertanya dan belajar dari mereka. Anda juga boleh menggunakan khidmat tutor ataupun rakan-rakan yang mahir berbahasa Inggeris untuk membantu anda.

Tuntasnya

Diharap agar tips yang diberikan dapat membantu anda mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam MUET yang mendatang. Untuk panduan yang lebih lengkap tentang bagaimana MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan MUET, anda boleh dapatkan ebook ‘Panduan MUET’ di sini.

Klik di gambar untuk pembelian.

Dalam ebook ini, ada banyak panduan dan info yang dapat membantu anda. Segala persoalan yang ada dalam fikiran anda tentang MUET pasti akan terjawab. Ebook ini hanya berharga RM30! Dapatkan sekarang.

Selamat maju jaya kepada semua calon MUET! Jika anda bakal melangkah ke alam IPT dan masih keliru IPT yang boleh menjadi pilihan, jemput baca artikel tentang IPT di Perak di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *