Category: Design

Membuat montaj video dengan After Effects

Salam. Dah lama aku tak menggunakan perisian After Effects ni, tiba-tiba dapat sebuah projek yang memerlukan kepakaranku untuk membuat montaj video dengan After Effects.

Apa itu Adobe After Effects?

Untuk pengetahuan anda, Adobe After Effects ialah piawaian industri penyiaran dalam menghasilkan atau menyunting video. Bahasa mudahnya ialah kalau professional nak edit gambar guna Photoshop, kalau nak edit video kenalah guna After Effects.
fwcii-ft
Semua video yang anda lihat di kaca TV seperti iklan dan trailer filem, dihasilkan dengan After Effects. Jika ada sedikit elemen dan objek 3D berpusing-pusing, ia dihasilkan dengan perisian 3D seperti Cinema4D.

Membuat montaj video pelancaran dengan After Effects

Untuk perhatian anda, ini ialah video yang telah aku bertungkus lumus hasilkan sepanjang minggu lepas. Video ini dihasilkan sempena pelancaran First World Congress On Integration And Islamicisation Of Acquired Human Knowledge di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.





Ringkas sahaja, kan? Tetapi nak membuatnya memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Mujurlah laptop Acer yang menggunakan Intel i3 mampu untuk render video ni. Aku menggunakan versi CS4 walaupun Adobe sudah melancarkan versi Creative Cloud (CC) baru-baru ini.

Kalau ada rezeki, aku mungkin nak beli MacBook Pro supaya dapat membuat video dengan lebih pantas dan produktif.

P/S – Tiba-tiba aku rasa bersemangat untuk buat video tutorial After Effects pula. Adakah anda berminat nak belajar?

Filed under: DesignTagged with: , , ,

[Infographic] Muslim Fasting Duration Around The World in 2013

fastingtime-thumb
Infografik kali ini memaparkan berapa lamakah seseorang Muslim di seluruh dunia berpuasa pada bulan Ramadhan 1434H pada tahun 2013. Dalam infografik ini, tempoh masa dihitung bermula dari masuk waktu Subuh / Fajar sehingga masuk waktu berbuka puasa. Lokasi rujukan ialah ibu negara masing-masing.

How long does a Muslim in other parts of the world fast during Ramadhan 1434H / 2013? This infographic tells us briefly based on the duration between Fajr & Maghrib in some countries. The reference point is the capital city of the countries.

Klik untuk lihat dengan lebih jelas
fastingtime2

Filed under: Design, IslamicTagged with: , ,

App Android BajetKahwin kini dilancarkan

Salam.

Setelah 3 bulan sejak pelancaran projek BajetKahwin, akhirnya dapat juga aku melancarkan app BajetKahwin untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android.

Android App

bajetkahwin-googleplay

Banyak juga yang telah aku pelajari berkaitan pembangunan aplikasi mobil ni. Mulanya aku fikir mungkin boleh buat app shortcut ke website BajetKahwin.

Tapi bila difikirkan balik, lebih baik jika app ni boleh digunakan terus pada telefon, tanpa menggunakan sambungan Wifi ataupun Data.

mockup-s3-bajetkahwin

Antara perkara baru dalam app BajetKahwin kali ini ialah kebolehan untuk menyimpan data. Iyalah, kalau pengguna dah masukkan bajet mereka ke dalam app, tentulah mereka mahukan bajet tersebut disimpan. Takkan setiap kali buka app, kena masukkan data berulang kali.

Terima kasih kepada teknologi HTML5 iaitu LocalStorage, yang memudahkan bajet disimpan, selagi pengguna tidak menekan butang Padam atau Reset.

Versi Web Mobile

Selain itu, aku juga telah membina semula website BajetKahwin versi mobile (mobile web) supaya menjadi lebih ringan dan pantas bila dilayari menggunakan telefon. Data Bajet juga akan disimpan dalam telefon pintar pengguna.

Kenapa nampak sama?
Ya, memang kelihatan sama. Aku menggunakan kod yang serupa untuk kedua-dua versi ni. Leceh juga kalau nak buat asing-asing. Nanti kalau nak kemaskini pun perlu buat dua kali. Bezanya, versi app boleh digunakan tanpa sambungan internet.

Download

Get it on Google Play

Anda boleh memuat turun app Android BajetKahwin di Google Play Store sekarang! Jangan lupa untuk memberikan rating dan komen ya!

Filed under: Design, TechnologyTagged with: ,

Disebalik infografik mengenai Isra Mi’raj

isramiraj-behind

Salam.

Dalam entri yang lepas, aku telah menyiapkan sebuah design infografik Islami yang kedua, selepas infografik mengenai amalan di bulan Zuhijjah pada tahun lepas. Infografik terbaru ini pula mengenai perjalanan Rasulullah ´Ě║ sempena Isra Mi’raj.

Mengapa dalam bahasa Inggeris?

Infografik kali ini menggunakan bahasa Inggeris kerana aku ingin menyampaikan mesej kepada lebih ramai orang di luar sana khususnya masyarakat Muslim di luar Malaysia.

Selain itu, Islamographic pernah menolak infografik Zulhijjah aku kerana mereka tidak faham bahasa Melayu.

Mengapa berbentuk segi empat sama?

Kebanyakan infografik yang penuh dengan maklumat direka dengan panjang dan pengguna perlu scroll dari atas ke bawah.

Infografik ini direka supaya ia dapat mencapai lebih ramai orang dengan mudah khususnya yang menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

infografik-fb-theatre

Di Facebook, apabila infografik itu panjang dan ditonton dalam bentuk ‘Photo Viewer’, tulisan menjadi sangat kecil dan sukar untuk dibaca. Oleh itu, bila rekabentuknya segi empat sama, ia lebih sesuai. Begitu juga jika aku ingin promosi dalam Instagram yang akan mengerat (baca:crop) gambar menjadi segi empat sama.

Masjid Al-Aqsa yang sebenar

Terdapat dua masjid di Al-Aqsa iaitu Dome of the Rock dan Masjid Al-Aqsa. Mengikut pemerhatian aku, ramai orang yang keliru mana satukah Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Oleh sebab itu dalam infografik ini, aku membuat illustrasi Masjid Al-Aqsa yang sebenar, supaya masyarakat dapat membezakan antara dua ini.
aqsadomeMedia Barat memang sengaja menipu umat Islam dengan menggambarkan Dome of the Rock sebagai Masjid Al-Aqsa kerana mereka kini berusaha untuk merobohkan masjid tersebut demi membina Solomon’s Temple.

Jika anda sukakan infografik tersebut, sila kongsikan dan sebarkan. Butang Share, Tweet, Pinterest sudah disediakan.

Jika anda ada sebarang cadangan topik untuk aku hasilkan infografik, sila kongsikan di dalam ruangan komen. Kalau boleh, sertakan sekali link URL untuk info tersebut. Terima kasih!

Filed under: Design, IslamicTagged with: ,